ATM setanding tentera negara lain

Tuesday 10 July 2012


KUALA LUMPUR: Penghantaran pasukan Malaysian Company (Malcoy) 8 bagi meneruskan misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Lubnan (Unifil) adalah pengiktirafan dan kepercayaan masyarakat antarabangsa terhadap kewibawaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata, pencapaian itu membuktikan ATM mampu memainkan peranan setanding dengan angkatan tentera lain dalam misi Unifil.

“Kita amat berbesar hati kerana Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) terus memberikan kepercayaan bagi meneruskan misi di sana,” katanya pada sidang media selepas majlis penghantaran kumpulan itu di Pangkalan Udara Subang dekat sini, semalam.


Terdahulu Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berkenan menemui anggota misi sebelum mereka berangkat ke Lubnan. Zulkifeli berkata, ia juga satu manifestasi bahawa PBB dan kerajaan Lubnan memberikan sokongan padu kepada anggota ATM dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).

“Menjadi tanggungjawab seluruh anggota MALCOY 8 untuk memastikan pengiktirafan ini terpelihara demi memartabatkan maruah Malaysia dan ATM di persada antarabangsa,” katanya.




Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/10



#next week incik tunang pula terbang ke sana..mudah-mudahan abang selamat bertugas disana..#

Post a Comment