Kejar Kereta Pulangkan RM 37,500.00

Thursday 28 February 2013



Batu Pahat: Usianya baru 13 tahun namun kejujuran dan kemurnian hati Amir Azizan Hashim mungkin jauh mengatasi orang dewasa apabila dia memulangkan semula beg tangan berisi RM37,500 (SG$15,000) milik seorang wanita warga Singapura yang tercicir.

“Saya mengayuh basikal selaju mungkin mengejar kereta dinaiki wanita itu bagi mengembalikan beg tangannya,” katanya mengimbas kejadian itu yang berlaku berhampiran sebuah pasar raya di Taman Soga, di sini, awal Januari lalu.

Pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Syed Esa, di sini, ditemui selepas menerima sijil penghargaan atas kelakuan terpujinya itu daripada pihak sekolah, semalam.

Sijil penghargaan itu disampaikan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) SMK Dato’ Syed Esa, Mohd Taat Kasran.

Amir Azizan berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi awal Januari lalu ketika dia ke pasar raya berhampiran untuk membeli akhbar.

''Saya nampak seorang wanita masuk ke dalam kereta manakala beg tangannya diletak diatas bumbung kereta. 

''Saya percaya wanita berusia 30-an itu terlupa beg tangannya berada di atas bumbung kereta dan terus memandu keluar dari kawasan berkenaan.'' katanya.

Menurutnya beg wanita itu terjatuh sebaik kereta dipandunya bergerak dan dia mengambilnya sebelum memeriksa kandungan beg berkenaan.

''Ada sampul surat mengandungi wang tunai, pasport dan jam tangan dalam beg itu. Saya terus mengayuh basikal mengejar kereta itu untuk mengembalikan beg tangan miliknya. Syukur saya berjaya menahan wanita berkenaan ketika kenderaan itu berhenti di satu simpang jalan.''katanya.


Baca selanjutnya di akhbar harian metro. 28 feb 2013


Moral of the story : bagus adik ni kan..jujur sangat-sangat.. mempunyai keperibadian yang tinggi.. tak semua orang macam adik ni.. lagi-lagi kalau mereka lebih mementingkan diri sendiri. silap-silap wanita tu tak jumpa dah beg & barang-barangnya.. lagi-lagi beg tu mempunyai wang tunai yang banyak..

Dan peringatan juga bagi kaum wanita yang membawa beg tangan ni.. jangan tertinggal kat mana-mana. Kalau salah orang yang jumpa, memang menangis la tak jumpa dah beg tu..



18 comments

  1. jujur sungguh hati budak lelaki ni =)

    ReplyDelete
  2. baik nya hati budak ni , bertuah mak ayah dia :)

    ReplyDelete
  3. tersentuh baca.. memang jujur adk ni. hnye allah yg membalas kebaikannya.

    ReplyDelete
  4. Kalau orang lain tentu dah licin di kebas.. dekat dengan tepat keje wan ni.. Taman Soga.. Ehehehe banyak kenangan :)

    ReplyDelete
  5. waa..bgus2..ptt jd contoh kan..

    psstt..lawa header..:)

    ReplyDelete
  6. bagusnya budak ni....mudah2an semua urusannya dipermudahkan...=D

    ReplyDelete
  7. Salam...bertuah dpt anak segini, mmg susah dh nk dpt org yg sejujur gini zaman2 skrg ni...

    ReplyDelete
  8. sejuk perut ibu yg mengandungkan dia..

    ReplyDelete
  9. mulianya hati budak ni..nk nangis bca :)

    ReplyDelete
  10. ada baca tadi..baik sungguh hati budak ni kan :)

    ReplyDelete
  11. sejuk perut mak dia mengandungkan die 9 bulan...

    ReplyDelete
  12. MasyaAllah..eloknya akhlak adik ni. Bukan semua orang macam ni..Memang sejuk perut ibunya mengandung.

    ReplyDelete
  13. Ya Allah.. baiknyaa adik ni, semoga dia sentiasa diberkati Allah.. betul, byk pngjrn kt dpt, adik ni boleh jd role model :)

    ReplyDelete
  14. Baik ngan jujur sangat adik nii., mesti bangga mak bapak dia., =)

    ReplyDelete
  15. terharu dengan kejujuran budak ni

    ReplyDelete
  16. Susah nak cari budak sejujur ni. Hakikatnya itu yang sepatutnya kita lakukan bila terjumpa brg orang.

    ReplyDelete
  17. yes sangat jujur adik nie , sanggup dye gayuh basikal semata mata nak pulangkan , syabas adik

    ReplyDelete
  18. budak ni memang jujurkan. Sejuk perut mak dia mengandungkan dia....

    ReplyDelete