Maut Kerana Lemang ??

Saturday 24 August 2013

assalamualaikum & selamat sejahtera.

harini datang pejabat dengan niat nak settle segala kerja yang tertangguh masa cuti haritu. boss datang sebab nak ambik borang. dalam sembang-sembang tu, terkeluar la macam-macam cerita. kisah raya, jamuan raya, pasal pejabat dan last sekali pasal lemang.

dia tanya ada tak dengar cerita pasal seorang perempuan mengandung yang di utara tu meninggal sebab makan lemang.
 then i say la, tak perasan dengan berita tu. selalu kisah-kisah macam ni memang saya laju je baca, sebab menarik kan. nak tahu lebih lanjut.

then secara kebetulan boss cerita pasal perempuan ni isteri pada kawan dia punya kawan kut. lebih kurang macam tu la. dia suka makan lemang. bahagian atas sekali tu. tahu kan yang lembik-lembik penuh lemak tu..??

kalau saya yang atas tu saya buang. then geli nak makan. dengan penuh lemak santannya semua tu la. then saya tanya boss kenapa dia meninggal. boss cerita, ppuan ni ambik yang belah atas tu tanpa belah lemang tu terlebih dulu. 

then lepas ambik then makan, terus la wife tu pengsan. bawa hospital meninggal. doc kata makan racun. si husband pula la pelik. bila doc tanya wife dia makan apa, dia kata makan lemang je. bila di belah katanya dalam tu ada ular.

oohh.. ngeri. sejauh mana kebenarannya, Allahualam. terus saya search kat google berita tu sebab boss kata kat internet pun ada keluar. cerita masa saya kat johor lagi kut. sebab tu saya tak perasan, then kat kampung nak tengok tv & belek paper pun tak sempat.

bila saya tanya boss, dia kata mungkin racun ular tu dah ter'adun' sekali dalam lemang tu kut. then terkumpul kat belah atas. yela, saya ni hanya mendengar cerita je. sejauh mana kebenaran tu, hanya pihak yang tertentu je yang tahu. tak nak cerita lebih-lebih. sebab saya pun hanya mendengar je.

cuma PENGAJARAN dari sini yang saya nak kongsikan pada semua, bila kita nak makan lemang tu, belah la terlebih dahulu ye. even ngidam nak sangat makan yang belah atas tu. sebaik-baiknya belah untuk tahu keadaan dalam tu.

then pastikan betul-betul isi kandungannya. sebab kalau lemang yang kita beli di tepi-tepi jalan ni kan terdedah sikit. bukan la niat nak menjatuhkan para peniaga. tapi sebagai peringatan kita sebagai pembeli & penjual.

kisah lain yang saya nak share, cerita dari mak abh saya sendiri. tak ingat la kisah ni kena pada kawan abah ke jiran setaman. dah lupa. sebab kisah ni pun dah 3-4-5 tahun lepas. dalam lemang tu ada katak oiii.. giler laa..

terus geli nak makan. pembeli tu hantar balik kut. yela, bukan nak salahkan penjual semata-mata kan. dia pun mencari rezeki. cuma kita ni la yang kena hati-hati lebih. dia mana juga nak perasan bila katak ke ular tu ke nak masuk kan. nak-nak peniaga yang berniaga tepi jalan or duk tepi-tepi semak ni..

start dari dengar kisah katak tu, saya dah tak bape yakin nak makan lemang ni. serius.. secara otomatik. kalau kawan saya bagi, saya makan. sebab saya percaya dengan ayah dia buat. sebab saya dah bape kali tengok dia masak kat rumah dia. kalau abh beli pun, macam biasa la tanya beli kat mana.. hehehe.. risau wehh.. dah la saya ni peminat lemang. selalu bantai makan lemang puas-puas bila balik johor je.. hehehe..

ok la.. cerita saya sekadar sebuah perkongsian & peringatan semata-mata untuk kawan-kawan semua ye.. bukan niat nak menjatuhkan sapa-sapa. kita pun xboleh nak mara para peniaga semata-mata. kalau tak elok sekali pun isi dalam tu, bukan para peniaga tahu, kan. yang dia tahu, dia pun dah buat yang terbaik demi rezeki dia.. :)

kalau cerita yang saya dengar & saya kongsikan ni tak betul, minta maaf ye.. harap boleh la bagitahu kisah yang sebenarnya. sebab saya pun dengar dari boss je..


sumber gambar : google



Wanita hamil mati makan lemang tidak benar---Polis
wanita mengandung maut makan lemang berperisa ular-tedung.html


36 comments

  1. Ada gak terbaca kt fb.. Tu la..buat fobia nk mkn lemang... Klu pak x buat..mmg x beli lah.. Huhu... Seriau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la..saya yang dgr boss cerita tadi pun dah seriau..

      Delete
  2. Ada gak terbaca cerita nih, skang x lalu nak makan lemang dah asik teringatkan cerita tu je. Seb baik gak la sy ni bukan peminat lemang hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy peminat lemang..tp bila jadi macam ni, wajib la berhati2..takut pun ada..

      Delete
  3. alamakkk........ mama peminat lemang lah pulak..

    ReplyDelete
  4. Akak pn ada dgr jugak psl kes lemang nie.. tak tahu la betul ke tak..kt paper tak dak pulak kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo...yeke kak.. saya ni kebetulan boss cite..tu la baru tahu..

      Delete
  5. Ada jugak pasal ular tu tapi x pasti kesahihan nyer ...

    ReplyDelete
  6. kawan saya pun ada cerita dekat saya.

    ReplyDelete
  7. ngeri lah dengar...n'way,kot katak tuh nak lari dari kene makan ular dok nyorok kat dalam lemang...hakhakhak!!!aku peminat lemang lol!!!lemah trusss...kene ati-ati lepas neh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..main aci nyorok ye..hehe..tu la..sy pun peminat lemang..so kawan2 pun hati2 ye.. :)

      Delete
  8. fae jarang mkn lemang kalo tiba hari raya hehehe. jrg craving for it.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo..yeke..akk minat..tp xde la mkan bnyk pun..cukup la sekadar merasa..

      Delete
  9. eiqa ade dengar cite tu masa tuu..
    aah, ada bisa ular dalam lemang tuu..
    macam2x boleh jd kann, hhmm..

    Eeeii, akak tiru eiqaa..
    eiqa pun buang yg atas sekali tuu, ahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo.yeke..
      eeii, seram kan bila dengar macam tu..
      mungkin dah takdir Allah kan..

      haha..xde tiru la dik oii..
      sapa nak makan yang atas tu..gelii..

      Delete
    2. nak hadiahkan dekat akak laa mse khawin nanti..
      yg belah atas bnyak santan tuu :P

      Delete
    3. hahaha..akk buka lastttt sekali hdiah dari eiqa tu.. :p

      Delete
    4. hahahaaa ;D
      x boleh nak like pulak dekat sini..

      Delete
  10. tak pasal je,dah ajal dia tapi sedih la meninggal sebab itu
    peringatan untuk kita semua :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..betul..
      bnda ni kalau tak terjadi, kita tak beringat kan..
      ni peringatan buat semua..

      Delete
  11. memang ada juga terbaca post nie...memang betol lah tu...huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam2 hal sekarang ni kan..
      lemang pula jadi mngsa..hehe

      Delete
  12. keluar surat khabar. btw cantik background blog akak mimi :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo..yeke..akk xsempat baca..hehe.. mekasih..
      jemu la dgn baju lama dia.. :)

      Delete
  13. jadi viral cerita ni
    tersebar kat fb huhu

    mula2 percaya juga, hihi
    tapi bila baca statement tu rupanya tipu je
    nebes aii hihi

    naisb tak berapa gemar sgt lemang :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. erm, yeke tipu?? tp ramai yang percaya je..
      mana 1 yang betul ye?

      Delete
  14. Assaklammualikum...mimie,

    macam aje kejadian sekarang nie,...dugaan,,,

    mselim3

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam..
      tu la..dgaan tak kira masa sekarang ni..

      Delete
  15. Saya memang tak suka makan lemang nie. Ketupat pun saya tak suka. Yang saya musykil, kenapa ada spesis ular dengan katak ada dekat lemang? Ramuan istimewa ke? Just asking sebab tak pernah tengok owg bakar lemang. Heheh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ish..bukan ramuan istimewa tu.. tu ramuan maut tu kalau saja2 bubuh.
      binatang2 tu masuk tanpa kita sedari sebenarnya..

      Delete