Cool Blog

Thursday 24 April 2014

Assalamualaikum & selamat tengahari semua.

dulu masa duk kat ipoh, paling tidak seminggu sekali mesti nak beli. sekarang ni, pantang keluar ke pasaraya depan ni, balik mesti la nak, nak, nak dia..

kalau seminggu tu 2kali ke sana, makanya 2 kali la beli. kalau 3 kali, makanya 3kali la membelinya..

paling hebat, en.suami pun dah berjangkit sama dok layan cool blog ni. saya kalau xde mood, sekali en.suami cakap nanti nak pergi pasaraya TF, tak semena-mena la mood ok.. tergedik-gedik bayangkan cool blog ni.. bila dah dapat tu, legaaaaaaaa nya tuhan aje laaaa yang tahu. kemaruk!!

aduhai.. penangan baby dalam perut ke apa, tak tahu laa.. nasib la en.suami x sekat keinginan. sebab dia paham, peel nya camni la kan kalau orang pregnant. sampai dia pun terikut sama.. hehe

setakat ni perisa yang boleh masuk tekak adalah chocolate.. hat lain x berapa.. aduhai.. terbayang-bayang dah ni.. T__T


32 comments

  1. baby mimie tu yang nak minum :)

    ReplyDelete
  2. jarang sgt minum cool blog ni...tp dlu housemates selalu menggila beli cool blog ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. klau dh start minum, mmng menggila dibuatnya... hari2 nk tau..

      Delete
  3. akak jarang minum, adalah baru sekali dua kot, tapi layan jugaklah...

    ReplyDelete
  4. masa memula cool blog keluar dulu sy ketagih jugak... pantang jumpa nak beli...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy smpai ke harini katagih.. sbb syok je bila minum.. hihi

      Delete
  5. Assalamualaikum mimie, sheila dah hujung pregnant ni suka makan aiskrim. hahaha maybe sebab skrg ni musim panas kot. fuhhh berpeluh ketiak walaupun duk dalam aircond ~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm.. oo.. aiskrim eh.. kita ada jgk teringin nak beli aiskrim.. tapi smpai ke sudah tak beli2..hehe.. tp kalau cool blog laju je cari dulu..hehe

      Delete
  6. husna pon tak nafi kalau singgah pasaraya yg ada jual coolblog nih, memang itulah yg akan basahkan tekak husna..:p husna punya feveret cappucino..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. msti nak beli kan kalau dh nmpak.. akk kalau x beli, mula la rasa lain..ketagih..haha..
      akk xleh minum cappucino..

      Delete
  7. Mimie..tahniah tau..lama x snggh sini..sya klu minum ni suka yg markisa..tak pun epal..masam2 sikit..bru syok.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi.. mekasih.. oo.. kita tak pernah beli lain, selain chocolate.. hihi..

      Delete
  8. sama la kita..
    ciksu pon suka pantang nampak nak, nak nak juga.hi hi i

    kat sini palng dkt di pudu sentral..
    pling suka chocolate oreo

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan ciksu.. pantang nampak.. bila tak beli rasa menyesal tak sudah..hehehe
      sy nasiblaaaa dekat je. kuar kem, masuk pasaraya tf..hihi

      Delete
  9. sedapppp...suka jugak menyinggah cool blog

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan3.. kalau dh pekena sekali, msti nak lagi..hehe

      Delete
  10. Wah... Sedapnya... Eh... Mimi dok kem mana ek???

    ReplyDelete
  11. iman xkenan coolblog.biasa la tekak org veteran ni smua xmsuk.yyg msuk air kosong je

    ReplyDelete
    Replies
    1. erm..kta ni start pregnant la suka sangat minum.. kalau x, air kosong sejuk pun dah ckup..

      Delete
  12. Tak pernah g minum Cool Blog nie.. Tiba2 teringin pulak lepas sis cerita. Hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti beli tau.. sedap.. tak rugi beli. hehehe

      Delete
  13. Lama akak tak minum cool blog

    ReplyDelete