Checkup Keempat

Wednesday 21 May 2014

Assalamualaikum.. hai semua..

Harini kena pergi checkup. Sepatutnya 26 mei ni. tetiba semalam nurse call suh datang harini. Sebabnya hari isnin depan katanya ramai orang. Saya paham. Sebabnya hari selasa tu orang nogori cuti. Cuti israk mikraj.

So semalam bila nurse tanya boleh datang ke tak, terkejut jap. Terkejut sebab ehhh,kenapa macam cepat je kena checkup. Haha. So cakap kat nurse, ok, boleh je datang. Sebab fikir baby. Kalau fikir diri sendiri memang takde maknanya nak kata ‘ye’ tu kan.

So tadi pergi la checkup pukul 3 petang. Alhamdulillah. Takde orang. Syok. Tetiba nurse macam terkejut. So bila bagitahu nama baru dorang teringat. Haha. Dorang terkejut, kita pun ikut terkejut sama. Terkejut sebab salah time ke datang harini.. hehe

Harini pergi checkup sorang-sorang je. Sebab en.suami duty la. So, semalam masa bagitahu dia kena checkup, dia terkejut juga sebabnya saya cakap checkup hari isnin. So bila dia bagitahu tak dapat teman, saya okay je. Set dalam diri, tak selamanya kena berteman. Fikir positif. Alaaa, kuar dari umah 5minit je dah sampai HTD tu. Bukan jauh pun. Kalau naik kete la.. :p

Lagipun dah 2kali pergi tempat yang sama. So tak kekok sangat. Harini checkup okay je. Macam biasa. Berat naik sekilo. Haha. Boleh laaaaa kan dari tak naik langsung. Jenuh tau nak naikkan berat badan ni. saya ni jenis kalau makan banyak, pastu nanti esok esok bila sakit perut, aduhai, jenuh tau. Memulas-mulas perut. Tu yang takut nak makan banyak-banyak walaupun kadang lapar je sepanjang masa.

Last checkup 28 april berat 44kg. harini 21 mei berat 45kg. 3minggu naik sekilo. Boleh la.. janji berat naik, jadi baby pun sebenarnya membesar sama kan.risau juga kalau  berat tak naik ni. HB macam biasa la. 28 april haritu 9.3. harini 10.3. pening nurse. Hehehe.. sebab turun naik angka tu je.

Orang lain nak masuk 6month berat dah berkilo-kilo naik. Saya sama je. Masa 3bulan 43.6kg je. Lepas ni nak kena usaha naikkan lagi ni. Alhamdulillah, selera makan pun dah ok sikit dah dari sebelum ni. even ada benda yang takleh makan, tapi benda lain boleh masuk. Janji makan. Agak-agak sampai 9month ni berat saya boleh cecah 50kg ke tak eh.. haha..

Erm, lain-lain perkara tu okay je kut. Tadi scan dengar denyutan jantung baby. Lega rasanya bila ok. Bukan apa, terasa macam harini dia kurang aktif je. Risau juga jadi pape kat dia. Yela, baby kat dalam kita tak tahu dia macam mana kan. Sebabnya tak nampak. Syukur bila dengar bunyi jantung dia. Baby merajuk ehhh ayah dia tak dapat temankan harini. Hihi..

Bab tekanan darah pula, saya pelik sebab tekanan darah rendah balik. Aikkkk.. macam mana leh turun balik ni. jadi 90/60 balik. Haritu elok dah naik sikit. Maybe saya penat sikit kut tadi sebab sebelum pergi checkup tu, saya ada turun naik tingkat 4 ni. fikir positif je la. Sebabnya rasa saya takde la pening sangat dah sekarang ni. tak macam sebelum ni. pening sesaja.

Esok kalau ada masa mungkin nak check gigi pula. So kena ajak en.suami la.. malas nak pergi sorang-sorang sebab tak biasa dengan tempat tu. Awal bulan 6 ni kena minum air gula pula.. fuhhh, set dalam minda, benda tu sedap.. haha.. kan nurse dah cakap tadi perisa oren. Haha.. :P

Okay la.. panjang lebar dah bebel ni. nanti checkup akan datang saya share ye. If esok pun ada story lain, saya share aje la yerk. J


Mekasih sebab sudi singgah, baca dan komen.. J



Nota : harini baby genap 23week..

11 comments

  1. Tang cek gigi tu msa ank sulung x buat pun.. Hehe... Biasa je tu... Msa ank sulung brt 52 je diakhir kehamilan.. Yg anak kedua 56kg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehh.. Xkna mara ke klau x buat? Kita ni nurse asik tnya je..hehe.. Ok la tu berat bertambah.. Xrisau kn..

      Delete
  2. Bagus nurse bgatu suh dtg..hehhe.jaga kesihatan ye kak

    ReplyDelete
  3. pengalaman pregnant mencabar jgk..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mencabar jgk cik nor.. Nti bila cik nor merasa msti thu.. :)

      Delete
  4. Alhamdulillah.. baby sihat.. ala mimie think + k..air gula tue sedap..pasti sedap..hehehe

    ReplyDelete
  5. suka baca pengalaman org..jaga diri kak mimi..:)

    ReplyDelete
  6. tatau nak ckp apa.. tak pernah merasa :D anyway jaga diri taw ^__^

    I wish both baby and mom always healthy and happy.. aamiin..

    ReplyDelete
  7. berat akak sebenarnya berapa ek kak.???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelum pregnant 43kg je eiqa.. Bertahun berat bnyk tu je.. Hehe

      Delete
  8. sticker mimie skrg warna apa?
    hijau atau putih?

    ReplyDelete