Checkup Kelima – Minum Air Gula!

Tuesday 3 June 2014

Assalamualaikum.. Hai semua..

Ni kisah semalam ye. Semalam tak larat nak update. Semalam turn kena minum air gula. Baby dah nak masuk 25week. Alhamdulillah.. setakat ni ok je la..

Pukul 8 pagi, dalam 8 setengah kut kuar dari umah. Minta en.suami temankan ke HTD. Tak berani nak pergi sendiri risau kut-kut nanti pening ke apa. Sebab malam hari ahad tu, start pukul 10 dah kena puasa. Sampai ke pukul 8 pagi tu krokk krekk perut tau. Lapar dibuatnya.

Sampai HTD bagi surat yang dorang suh kita ambik darah dengan minum air gula tu. Serius, sampai sekarang naik seriau tengok air kaler oren. Air gula yang saya kena minum tu warna oren. Kena minum sebotol kecik. Kecik tak kecik mana la juga botolnya. Sampai nak habis tu rasa nak muntah balik pun ada!..



Terpaksa tahan daripada termuntah. Kang tak pepasal kena telan air baru pula. Tak sanggup!. Mula-mula tu dorang ambik darah dulu. Bagi saya, ambik darah saya okay lagi dari kena minum air gula tu. Serius, tak sedap dah semenagnya 1 hal. Pastu kena habiskan cepat-cepat. Giler laaa..

Selama ni dengar je orang duk cerita pasal minum air gula. Kena turn sendiri baru merasa macam mana. Habis minum tu nak kena tunggu 2jam pastu nak kena ambik darah balik. Masa nak tunggu 2jam tu, tetiba rasa lamanya la hai masa tu berjalan. Rasanya nak tunggu 5minit pun lambat. Haha

Dah la time tu rasa loya tekak. Nak muntah. Pening. Ngantuk. Semua ada. Hambek. En.suami pula ke bahagian lain. Jumpa doc juga nak ambik laporan ujian check darah dia haritu. Last-last tersandar je la saya kat dinding. Nak pinjam bahu en.suami takde. Bertahan je la.

After 2jam ambik darah balik. Saya okay lagi time tu. Tapi disebabkan masih dalam keadaan berpuasa, seram sejuk saya dibuatnya masa nak ambik darah tu. Rasa lembik badan ni. Lepas tu kena buat checkup biasa.

Berat kali ni naik. Haha.. macam tak caya la pula. 21mei haritu berat 45kg. 02 jun dah naik jadi 46.5kg. Biar betul. Syukur naik. Sekurang-kurangnya kita tahu baby pun insyaAllah membesar sama kan? Tapi yang saya perasan juga, masuk 6month ni dah kuat makan sikit. Kalau makan nasi pun dah lebih sikit la dari sebelum ni. Syukur alahan dah beransur kurang.

Tekanan darah still sama. 90/60. Yang ni saya pun pelik, ntah kenapa sama je tekanan darah saya setiap kali check. Confius ni.. Kalau ada yang suggest makan vitalea Shaklee, saya ada beli. Cuma haritu saya makan mungkin tak serasi, pening, so saya stop la makan. insyaAllah, nanti la saya cuba sambung makan balik. Nak tengok ok ke x. Lagipun malas nak campur makan dengan ubat dari doc pun ada juga.

HB macam biasa la. 10.2 pula kali ni. Redha je la.. Takat tu je dia naik turunnya.. Jangan turun lebih-lebih dah la.. Jenuh la nanti asik nak kena checkup je. Tapi 2week lagi nak kena checkup lagi. Nurse ni syok kut check kita. Hehe..

Next time katanya kena cucuk kancing gigi. Katanya kesian kalau nak cucuk saya harini. Sebab dah 2-3 kali kena cucuk. Hihihi.. harini check degupan jantung baby pun ok. Yang kelakarnya nurse tanya baby dah lasak tendang ke. Saya kata juga rasa kuat juga boleh rasa.

Pastu masa nurse nak ukur kat perut, kena tendang. Haha. Haaaiiippp baby, kecik-kecik dah pandai ye main tendang-tendang. Hehehe.. Alhamdulillah baby dah banyak bagi respon. Tapi bila dia senyap, memang naik risau.

Setakat ni tu je la kisah checkup saya tuk harini. Next time saya kongsikan kisah lain pula ye.. Hope keputusan minum air gula okay laa.. hukhukhuk..

Meh kita belanja gambar owner sekeping ye.. gambar semalam sebelum kuar checkup.. Pipi dah naik. 






Nota : HTD – Hospital Tentera Darat

28 comments

  1. Jaga diri baik-baik. Semoga di mudahkan urusan akak semuanya.

    ReplyDelete
  2. lambat juga ye minum air gula.saya awal2 mengandung lagi dah kena.... ni kena minum lagi kali kedua nanti.. huhu.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. wajib minum 2 kali ke? saya kalau tak kena minum awal juga, masa 4month lebih. tapi mabuk tak hilang lagi.. nurse kata dah ok baru dia suh minum..

      Delete
  3. Selalu tengok kwan2 update pasal air gula yg sedap tu hehe .

    Lain plak muka mimi. Perut dah semakin besar hehehe semoga baby n mama baik2 je

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa? sedap?? tang mana la sedapnya tu eka.. kalau eka rasa nti baru tahu camne..hehe

      mmng lain sikit.. muka dah mengembang..hihi
      amin.. :)

      Delete
  4. jaga kandungan baik baik tau.

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah..dua2 sihat..

    ReplyDelete
  6. Hihi...comei jer preggy...take care yer..hb rendah tu...kena byk mkn bayam..nanti hb boleh turun lg bila kandungan makin besar...elakkan minum teh lepas makan nasi...bykkan mkn bayam..ikan bilis..mkn shaklee punya boleh pening maybe tak cukup minum air...cuba bykkan minum air..memandai jer bg nasihat kt org...haha...

    ReplyDelete
  7. waa.. tak penah lagi kena minum air gula.. memang ngeri.. T_T

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. air gula tu, tuk tgk tindakbalas badan kita la blh terima ke x..
      tp air tu mmng manis...

      Delete
  9. Wah :) Semoga Allah permudahkan segalanyaa hikhik.Take care ya kak =)

    ReplyDelete
  10. Yeayy dah nampak baby bump la.. take care yer mimie.. =D

    ReplyDelete
  11. keciknya kak mimi.. berat dgn baby pon hanya 46kg.. hehehe..
    jaga diri ye kak..:)

    ReplyDelete
  12. owh, air gula...
    diorang nak tengok tindakbalas kecekapan tubuh akak serap gula tu...
    sebab tu bacaan diambil selepas beberapa minit air gula diberi...
    takde apa la tu, jangan risau sangat...
    akak boleh google : kencing manis semasa hamil.
    perkara ni normal bagi ibu-ibu mengandung...
    banyakkan berdoa, segalanya Allah yang tentukan...
    ~blogspot : rawatankanser2013

    ReplyDelete
  13. saya yang baca ni pun kembang tekak jadinya bila terbayang air gula tu. bunyi macam biasa. air gula. manis. akak jelah yang tahu rasa sebenarnya.

    ReplyDelete
  14. salam. wahhh nampak la babybum :)) take care of u dearr :))

    ReplyDelete
  15. mimie cuba la makan bayam merah, ikan bilis.. in shaa Allah.. :)

    air gula tu petua nya kena minum sekali harung je.jgn buat mcm minum air biasa.itu yg cepat jadi muak n nk termuntah ..

    dah minum pon kan.just tunggu result je la..
    smga baik2 aja resultnya.. nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat sini susah nak jumpa bayam merah ciksu.. bayam hijau je ada.. sedih2.. ikan bilis insyaAllah rajin makan..
      mula2 tu mmng minum sekali harung ciksu. tapi masa tu batuk saya still ada. terpaksa stop jap2.

      lega result pun dah dapat.. syukur sangat. normal semuanya.. :)

      Delete
  16. huk2.. ya Allah.. baru ni dapat tengok mimi n baby bump.. ya Allah.. mimi.. seronoknya teman nengok.. rasa macam tak percaya dak mimi nak jadi mama dah..

    ReplyDelete
  17. Akk bsar perut mimi ea... Dh nmpk wlaupun dh lima bulan lebih... "sedap" kan air gula tu... Hehe... Mmg kngn minum tu sbnrnya... Owh... Mimi jenis tekanan darah rendah ea.. Makan jambu batu n epal hijau bebanyak ea... Amalkan pati delima gulsan pun elok selain kurma dan kismis... Moga sihat2 selalu smpai slamat bersalin...

    ReplyDelete
  18. Alahmdulillah, jaga diri elok2 semoga semuanya selamat

    ReplyDelete