Assalamualaikum..
Lagi 2hari je
dah nak raya kan.. Kejap je dah nak habis puasa.. Alhamdulillah.. Dapat
berpuasa dalam keadaan berbadan dua ni.. Walaupun mula-mula agak risaukan
baby..
Syukur baby
memahami. Setakat ni cuma sehari je xdapat berpuasa penuh. Atas sebab tertentu.
Bukan saja-saja tau. Dek kerana risaukan baby yang kurang gerak time tu
terpaksa 1/2 hari je..
Bercerita
pasal raya, macam mana dengan persiapan raya awak semua? Saya? Dah tentu juga
takde. Sekadar ala kadar je.. Mood nak beraya tahun ni takde. Urusan lebih
tertumpu pada baby yang bakal lahir. Persiapan lebih ke arah tu. Itu pun ada
yang tak complete lagi.
Baju raya : En.suami belikan sepasang.
Jadilah.. Mak buyong susah nak cari baju. Ikutkan tak beli pun xpelah.. Pakai
je baju yang ada. Maklumlah, duk cari jenuh nak jumpa.. Asik tak berkenan
sesaja.. Mood sentap sendiri.. Haha
Handbag : Tak beli pun. Pakai je handbag bonia
dapat masa hantaran kawin tu. Memang masih elok pun. Takyah membazir.
Kasut raya : Ehh, tak perlu kut. Lagipun
bukan larat nak jalan sana sini sangat. Pakai aje kasut yang ada tu. Lagipun
bukan orang nak tengok kasut yang kita pakai kan.. Haha
Tudung dan aksesori : Takde mood
nak pikir. Haha.. Pakai aje yang ada ye.. Lagipun sume tu bukan basi. Recycle
aje.. Kehkehkeh
Kuih/biskut raya : Tahun ni tak
buat ye. Oven tarak lagi.. Then dah sarat macam ni tak larat nak membuatnya.
Jadi kalau nak ada pun harap yang tunjuk2 aje la ye.. Kahkahkah
Persiapan umah : Tak buat
pape pun. Maklumlah, orang baru nk pandai duk berdua kan.. Auuuwww... Haha..
Kemas ala kadar aje dah la.. Takyahlah datang umah kita ni dulu ye.. Lagipun
mesti takde yang sanggup nak menapak anak tangga sampai tingkat 4 ni.. Sampai
atas minta nyawa okeh! Semput. Saya pun rasa xsanggup..
Lemang/rendang/ketupat : Yang ni kita pulun makan puas puas kek umah mak mertuo yo.. xpun bilo balik segamat.. Kahkahkah.. Baru ada feel raya kan.. Setakat buat rendang memang la senang.. Tapi kalau setakat makan berdua xbest la..
Kad raya : Tahun ni xhantar pun kad raya.. Hukhuk.. Rasanya ada yang bagi kad raya kat saya.. Tapi alamat ipoh.. So tunggu saya balik ipoh bulan 8 ni ataupun suh adik bawak kan time balik johor baru kita tengok ye.. Hehehe
Nak bagi
alamat gomeh ni, boleh pula orang lama x buka lock dia kat petisurat tu. Dh la
x tinggalkan kuncinya.. Nampak gaya tunggu kitorang kopak kuncinya dulu la..
Mood raya : PENTINGKAN? Tapi macam xde je.. Kahkahkah.. Raya ni xboleh nak sakan sakan sangat.. Takut kang terlupa diri terberanak awal pula.. Dah la nak pulun makan sangat pun tak boleh.. 4 ogos kena minum air gula.. T_____T
Apa lagi eh nak share? Nanti ada laie den kobarkan eh.. :p
Selamat hari raya mimie... Maaf zahir dan batin..
ReplyDeleteSelamat hari raya sis.. Maaf zahir batin.. :)
Deletetak pa kita besederhana sudah la kan..
ReplyDeleteYup ciksu.. Bersederhana mana yang boleh.. :)
Deleteselamat hari lebaran kak :)
ReplyDeleteSelamat hari raya mimie
ReplyDeleteOklah tu... :) saya pun lebihkan anak2 je... sbb masing2 seronok nak beraya...
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Mimie
ReplyDeletesinggah dihri raya kelima..
ReplyDeletemimie kat ipoh ke?
kndungan ciksu bukan kembar tau.single. in shaaa Allah next year mana tau kembar pulak..aamiin. hihihi
Persiapan raya tahun nie lebih ke Emir jer..hehehe. ..
ReplyDelete