Checkup ke-sepuluh.

Monday 4 August 2014

Assalamualaikum dan salam syawal buat semua..

Harini ada checkup lagi. Kalau tak silap saya dah 10x pergi checkup. Checkup harini kena minum air gula again!!!.. Fine, saya sampai sekarang masih rasa pening-pening lagi kesan dari minum air gula tu. Air oren yang saya minum tu. Ya Allah.. Azabnya rasa nak habiskan sebotol tu. Loya tekak sampai ke sudah!!

Disebabkan ni kali kedua minum, so rasa payah nak telan air tu. Tadi ada 2 orang akak ni, dia pun kena minum air gula tu juga. Rilex je dia habiskan. Dia kata sedap. OMG! Sedap kata dia. Giler kentang betul. Maybe dia biasa makan/minum benda manis kut. Tu yang rilex je kut. Saya jenuh kena tegur ngan nurse suh habiskan.

Baru masuk sikit dalam tekak saya terus pening. Minum sampai terbelahak dibuatnya. Sampai bergenang airmata kut. Redha je la.. L
Minum juga la slow-slow. Tak kisah la nurse nak mara ke apa. Janji tak minum sekaligus. Memang tak boleh nak masuk kut.

Pastukan kena ambik darah kali kedua lepas 2jam minum air gula kan, saya rehat sejam lepas minum air gula tu, then sejam lagi pergi checkup biasa. Nasib la buat hari sama. So takde la saya termenung je tunggu masa camtu je. Checkup buat kat bahagian lain.

Masa keluar bilik tu nak ke bilik lain, lega rasanya. Tetiba lepas minum air gula tu saya seram sejuk, pening.. nasib la masih boleh bangun. Menggigil jap kat situ.

Masuk bilik yang buat checkup tu still rasa menggigil. Yela berpuasa dah berapa jam kan. Nasib la tak tunggu lama. Harini timbang berat 50kg. 2minggu lepas 49kg. Naik sekilo. Ok la tu. Nurse siap puji elok la berat setiap kali naik tak banyak. Haha.. nak buat macam mana, saya ni memang jenis susah nak naik badan.

Pastu kali ni check HB. HB dah okay. Ngam-ngam naik 11.0. Alhamdulillah. Macam tak percaya pula. Selalu 10 lebih atau 9 lebih kan. Harap-harap checkup 2minggu lagi HB tak turun la. Saya pun tak sure apa yang boleh buat HB naik. Tercari-cari juga puncanya. Bukan apa, bila dah tahu punca, senang nak kekalkan, kan?

Sebelum ni saya suka minum air soya. Padahal sebelum pregnant xsuka pun. Tapi baru-baru ni, dalam bulan puasa ada yang kata air soya tak elok tuk baby dalam kandungan. Ada yang kata nanti baby mudah kena eczema. Ya Allah, risaunya rasa. Dah 7month baru tahu. Tanya juga la kat beberapa orang. Ada yang kata tak elok. Stop la minum. Pastu tanya nurse dia kata pengalaman dia xde pape. Ok je. Yela, lain orang, lain ketahanannya kan?

Then start raya kedua saya stop minum. Before ni minum pun bukan la banyak. Then nurse cakap amalkan la makan tembikai dan buah oren sekali. Saya buah oren kureng sikit. Bila beli asik terkena yang masam je. Last-last request to my hsbnd belikan tembikai. Dalam seminggu raya ni dapatlah makan tembikai. Tembikai kuning. Nikmatnya la hai. Soya saya stop minum.

Then semalamkan kena puasa start pukul 10malam. So sebelum pukul 10 tu saya ada minum air vitagen (susu) dengan makan yogurt buah2an tu. Ubat terskip.. hehe.. Mungkin kah saya stop minum soya HB saya boleh naik? Adakah sebab saya makan yogurt tu HB saya boleh naik?? Ada sapa-sapa yang tahu? Kalau yogurt boleh naikkan HB, saya nak makan selalu la.. hehehe

Then harini kena inject Kancing Gigi sekali. Inject kali kedua. Checkup harini banyak kena cucuk-cucuk. Haha! Nasib la rasa takut tu takde. Bagi saya kena cucuk lagi rela dari kena minum air gula. Seksa rasanya.

Nurse tanya juga, inject yang pertama haritu bape hari tahan rasa sakit. Tetiba rasa blur. ‘Sakit’? Alhamdulillah.. saya tak rasa sakit. Rezeki dari Allah agaknya. Sebab ada sorang kawan saya ni cerita naik gerun dengar. Siap cakap cucuk kancing gigi ni sakit tau. Kena tahan la sikit. Syukur la saya tak rasa apa. Cuma sekarang ni rasa lenguh sikit je la. Takde la lenguh sampai takleh angkat tangan ke apa.

Balik tadi rehat jap 10-15minit terus masak. Rehat pun sebab pening dari minum air gula tu la.. So boleh bertahan la. Bukan nak riak ke apa tau. Then tadi check baby,  nurse kata baby pun ok kedudukan dia. Kepala dah kat bawah. Masa scan 2minggu lepas pun doc memang ada bagitahu. Tapi sebab rasa baby ni gerak tendang-tendang kadang sampai nak ke pinggang, rasa cuak pun ada. Risau kalau dia berpusing balik (melintang). Mana nak tahu kan?

Erm, apa lagi eh nak catat kat sini? Haaa,kalau bab check tekanan darah still sama je. 90/60. Confius-confius. Takpelah, ingat nanti balik ipoh nak try buat scan 3D/4D lagi sekali. Before deliver. Nak minta doc checkkan tekanan darah sekali. Kalau nurse saya check, tekanannya sama je. Tapi kalau nurse lain check, ada juga perubahan. Bertabah aje la.. T___T

2week lagi jumpa nurse. Pastu sambung check di Ipoh pula.. Sedih pula rasanya. Erm.. harap-harap la keputusan minum air gula harini ok. Risau. T____T



Nota : Checkup 33week 6day.


  

19 comments

  1. Maybe mkn yogurt tu blh naikkan hb..air soya mmg x elok minum selalu...nk minum boleh..tapi jgn terlampau byk..

    ReplyDelete
  2. Kalau kathy memang xsuka sangat minum manis² tambah² g air gula. Uwek.

    ReplyDelete
  3. a ah air soya jangan amalkan sbb xelok sgt.lbh baik minum susu jer lebih2 lg susu kambing..susu lembu tu kurangkan

    ReplyDelete
  4. moga semuanya dipermudahkan :)
    p/s: Selamat hari raya dari Ros :)

    ReplyDelete
  5. mkin berseri muka ibu mengandung...semoga dpermudahkan..aamiin

    ReplyDelete
  6. Selamat Hari Raya! Semoga sihat selalu!

    ReplyDelete
  7. salam. take care of u and your baby heee

    ReplyDelete
  8. bagi ciksu air gula oren lagi sedap dr yg putih.
    ciksu kena yg ptma warna putih
    2nd oren.mmg minum skaligus je.
    alhamdulillah dua2 result oke..

    soya mmg x elok. melainkan soya yg dibuat sndiri..ciksu suka mkn tembikai merah. hihihi..

    bila start balik ipoh?

    ReplyDelete
  9. Pejam-celik-pejam-ceilk dan nak deliver ye Mimi..
    Dulu-dulu pregnant tak ada pun minum-minum air gula ni Mimi.
    Tapi nasib baik kakak tak ada diabetic. Sekarang pemakanan banyak boleh jadikan penyakit itu agaknya dah jadi perkara mesti bila check-up.

    Selamat Hari Raya, maaf zahir batin dari kakak.

    ReplyDelete
  10. mimie, nti ciksu updated oke.dh dlm draft gambar syawal. in shaa Allah.. :)

    ReplyDelete
  11. Huhu..takde pengalaman. Macam baby girl je gaya anak kak sya ni. :) alhamdulillah semua okey.

    ReplyDelete
  12. azie pun ada dgr jugak air soya tak elok,tapi azie minum je sbb air soya yg ok dgn tekak azie..
    azie pun taknak minum air gula lgi... taktahan

    ReplyDelete
  13. alhamdulillah semoga dipermudahkan..

    ReplyDelete
  14. InsyaAllah mimie.. jangan risau sangat k.. semoga dipermudahkan...=D

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah... Mujur sy sekali je minuma air gula hari tu...

    ReplyDelete
  16. semoga dipermudahkan urusan semasa bersalin tu..

    ReplyDelete
  17. Wah...mimie..kurusnya..time preggy pun nmpk langsir..hehe...lps ni mesti mkin comel...

    ReplyDelete