Keputusan BSP

Tuesday 12 August 2014

Assalamualaikum.. selamat pagi..

BSP? BSP tu apa? BSP tu Blood Sugar Profile. Orang yang BERTUAH je yang akan buat. Haha.. dan orang yang saja cari pasal like me je yang kena buat. Silap sendiri. Tapi takpe. Belajar dari pengalaman kan. Betul tak? Tak kena, tak tahu kan.

Actually 04 ogos haritu kena minum air gula. Then semalamnya saya gatal pergi makan macam-macam yang manis. Sapa laaaaaa yang suruh kan. Tapi nak buat macam mana. Tekak teringin. Layankan sangat. So bila isnin tu kena minum air gula, even malam tu dah berpuasa pun, mana badan xpenuh dengan gula kan. Hehe

Jumaat lepas 08 ogos nurse call bagitahu result tak OK. Tadi saya baru dapat tahu, resultnya 8.0. huh!.. Minum kali pertama 5.6 je. Kira Ok lagi la. So semalam bermula la episode kena buat BSP. Alaaa, korang jangan risau. Takde pape sangatlah dengan BSP ni. bukan kena cucuk ambik darah kat lengan ke apa pun. Sekadar cucuk hujung jari je.

Cuma letih sikit la sebab nak kena berulang 4kali ke klinik. Macam saya semalam sampai klinik dah kat kul 8setengah pagi. Sebabnya beli kuih siap-siap. Nak makan bila dah boleh  ‘Buka Puasa’ lepas buat BSP pertama tu. Dah la umah tingkat 4, pastu nak kena turun naik lagi. Naik pengsan dibuatnya.

Yang penting bila dah tahu kena buat BSP ni, silalah jaga-jaga makan ye. Macam saya dapat tahu kena buat BSP ni masa hari jumaat tu. So start dari nurse call tu, terus jaga-jaga makan. Risau la kan. Sampai ke hari ahad tu banyakkan minum air kosong. Memang rasa naik pening juga la sebab rasa macam xde gula je dalam badan ni sebab kena cover apa yang patut.

So ni result yang saya dapat setelah buat BSP. Kena juga catat kat blog ni. nanti akan datang senang nak rujuk. Tak yah nak google sana sini sangat kan.

-          Sebelum Makan Pagi           : 4.5  (tak boleh lebih dari 5.0)
-          Sebelum Makan Tengahari : 5.9 (tak boleh lebih dari 7.0)
-          Sebelum Makan Malam      : 5.1 (tak boleh lebih dari 7.0)
-          Selepas Makan Malam        : 5.0 (tak boleh lebih dari 7.0)

Okay, macam sebelum makan pagi tu patutnya kena buat pukul 8. Tapi sebab terlewat, dalam pukul 8.25 baru saya buat. Untuk sebelum makan tengahari tu saya buat dalam pukul 10.25. sebab kena buat selepas 2jam kita makan.
Untuk sebelum makan malam tu, saya buat pukul 2 setengah petang. Dan untuk selepas makan malam tu, saya buat pukul 8.00 malam. Selepas makan malam tu maksudnya 2jam lepas kita makan. Kalau kita makan pukul 6petang, so pukul 8malam la kita buat.

So, pahamkan perkongsian saya ni? Info juga ni. hehehe.. Agak-agak ada ke kawan-kawan yang nak rujuk juga ni? takpe, yang penting kita share ye. Sebab saya sendiri sebelum buat BSP ni pun search juga kat google nak kasi paham dengan benda alah ni.

Dan setelah semalam selesai buat BSP ke-4 tu, makanya harini kena datang klinik balik untuk berjumpa dengan doctor. Alaaaa, jumpa doctor pun bukan ada apa pun. Sekadar Cuma dia bagitahu kena jaga makan. Tu je. Risau takut nanti baby masuk 38week boleh kena balik. Ehhhhh, time tu kena buat BSP lagi ke????? Blur..

Time tu dah balik ipoh dah. Janganlah disuruh buat pula kat ipoh nanti. Malas laa.. xde sapa nak teman kalau nak kena kuar malam. Macam semalam nasib baik la en.suami ada. Kalau x, huaaaaaaa laaa kena kuar sengsorang.

Nurse harini terkejut tengok result OK. Hehehe.. senyum je la.. tapi dalam hati.. fuhhhh, lega ok dah selesai benda ni. Punya la jenuh cover makan semalam. Sampai tak lalu nak makan dibuatnya.. hehe.. selesai buat BSP ke-4 malam tu, terus ajak my dear ke KFC. Haha.. tahhapehape je perangai. Lega sangat la tu..

So selesai tugas saya untuk ‘Projek BSP’ ni.. Sebelum ni baca juga kat blog kawan-kawan lain kata naik lebam jari dibuatnya bila asik kena cucuk. Saya naik gerun pun ada bila baca. TAPI.. takdelah sampai lebam ke apa pun. Alaaa, setakat cucuk sikit je kat jari, sakit pun tak la. Nak lebam macam mana.. Kecuali la kalau kita takut dengan jarum. Tu mungkin la kan. Kalau orang yang handle tu ganas, tu mungkin la ‘kut’.

Tapi saya setakat ni ok je. Cuma yang last tu terasa pedih la sikit. Sebabnya petugas malam tu lelaki. Haha. Paham-paham aje la kalau orang lelaki ni macam mana. Kebetulan jari tu dah dicucuk tuk waktu ke-2. So pedih sikit la. Tapi tak la sampai nak melalak ke apa. Siap boleh gelak sembang lagi. Ahaha..


Ok la, Tunggu checkup story for next week ye.. ^_^

*Belanja 1 gambar tuan blog tuk harini ye. baby dah 35weeks harini. membesarlah dengan baik ye baby sayang* ^_*

17 comments

  1. bagusla mimie terang satu persatu..:)

    ReplyDelete
  2. tak pernah kena BSP tu..akak takleh bayangkan kalau akak yang kena..mesti skip tamau pegi dah..hahaha..bagusla mimie..rajin!!

    ReplyDelete
  3. Perghhh..tinggi tu. Jenuh nak cover. Alhamdulillah result ok kan..

    ReplyDelete
  4. Kena berjaga-jaga lepas ini. Jaga kesihatan akak.

    ReplyDelete
  5. betol itu mimie,leceh sikit kalau terpaksa ulangalik check tapi demi kesihatan kita & bby kene reda jugak kalau tak nanti effect pada babykan..
    lepas ini jaga makanminum tau..semoga mimie n babay sihat sampai bersalin ...

    ReplyDelete
  6. salam. payah jugak pregnant ni ya..banyak betul kena jaga..

    semoga sihat selalu :))

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah kan.dpt result cun
    jadikan pengalaman :)

    ciksu alhamdulillah.kedua ujian MGTT semuanya result oke..

    x lama dh. kna blajar cara nak teran & pernafasan yg betul. penting masa dlm labour room nanti. yang penting cool :)

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah.. lepas nie jaga2 tau.. =D

    ReplyDelete
  9. moga semuanya dipermudahkan ye Mimie :)

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah dah ok...wah..mimie..berserinyalah...comel je...

    ReplyDelete
  11. saya setakat ni tak pernah kene lagi...

    apa2 pun alhamdulillah sebab semuanya dah ok kan.... dah siap blh mkn kfc.. hihi

    ReplyDelete
  12. Selamat hari raya !!!

    sama lah ngan saya anak ketiga nih kena BSP, apa2 pun selamat menjaga pemakanan yer. hihik, semoga dipermudahkan bersalin nanti, insyaallah.

    ReplyDelete
  13. akak xde kne bsp..alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau akk tak sangkut masa minum air gula, so akan terlepas la dari BSP ni..

      Delete
  14. bp kena ulang 5x minggu ni. dah 3x so far ok. bsp harapnya x la.. nak kawal makan susah amat sbb perut ni asik lapar je sejak da xmorning sickness.huuu

    ReplyDelete
  15. kena jaga2 lepas ni. mcm kak ipar akak sampi kena ambil insulin baby first...

    ReplyDelete