Kisah Anak : Perkembangan Zahra 10 Bulan.

Saturday 25 July 2015

Assalammualaikum.. Hai..

Harini zahra genap 10bulan seminggu. Raya kedua haritu cukup 10bulan. Tapi tak sempat nak update. Maklumlah.. Raya kan. Fon kena letak tepi. Hehehe..

Kena juga update perkembangan zahra. Bukan apa, mamanya ni cepat lupa. Tak semua benda boleh ingat. Jadi update kat blog ni boleh juga nanti baca balik. Lepas beranak ni memori slow la.. Kalau tak catit sesuatu tu, memang lupa.

Alhamdulillah.. Perkembangan 10 bulan ni zahra dah pandai merangkak. Mungkin bagi orang lain ehhh lambatnya merangkak. Stress juga dengar. Tapi nak buat macam mana kan. Perkembangan setiap budak tak sama. So rasa nak sound je orang yang tegur macam macam tu.



Actually, zahra bukan pandai merangkak dulu. Tapi dia pandai berdiri dulu baru merangkak. Alhamdulillah, sekarang zahra dah pandai berjalan. Meniti sikit sikit kat meja, bangku. Memang dok pantau dia saja la. Risau pula takut jatuh terhentak kepala je. Minta dijauhkanlah..

Gigi baru naik 2batang. 1 bawah 1 atas. Haritu perasan yang bawah naik 2 batang. Tapi macam tak muncul pula. Hehe.. Tak pelah, janji naik gigi tu syukur la..



Harini zahra demam la pula. Kata opah, zahra demam nak pandai berjalan. Tu mungkin juga kut. Serentak dengan naik gigi sekali kan. Setakat ni zahra tak la meragam sangat. Masih boleh dikawal lagi. Harap harap la cepat baik. Sebab sekarang zahra balik umah nenek. Ubat pun mamanya lupa nak bawak.. Sobbb..


3 comments

  1. Hye zahra..moga cepat sihat ye..selamat hari raya..

    ReplyDelete
  2. eh..eh...semoga cepat pandai jalan ye Zahra.n semoga cepat sembuh

    ReplyDelete
  3. yeay yeay..
    chaiyok zahra
    rania bru kuaq gigi bawah dekat nkraya baru ni
    ni pon baru dok seronok nk bjlan.

    ReplyDelete