FOBIA Bila Air Takde!

Tuesday 8 September 2015

Assalammualaikum.. Hai readers..

Sekarang ni bila dengar je air takde, mula rasa fobia. Mau tak fobianya. Dah la rumah tingkat 4. Even bukan saya yang kena turun naik if nak ambik air, sedikit sebanyak terganggu nak buat kerja. Dah la sekarang ada anak kecik. Lagi la banyak nak pakai air nya..

Kalau tahun lepas seminggu takde air. Masa tu baru seminggu ke dua minggu pindah gemas ni. Pastu masa tu pregnant 4bulan setengah. Memang tak dapat la nak turun hangkut airnya.. Dok sabar sabar, seminggu genap air takde.

Kali ni kena 6hari! Naik fobia dibuatnya. Ada cousin pass ikut whatsApp notis dari SAINS. Katanya air terganggu start dari 01-02 september. Tapi.......... 29ogos air dah takde! Blank kejap masa tu. Air simpanan dalam tong kat umah ni ada setong je. Ingat weekend tu nak cari la 1tong lagi. Tapi tak sempat. Malam tu air dah slow. Tawakal je basuh kain sampai settle.

Pastu semalam takde air balik! Haaaa, sudah.. Mulanya tak perasan.. Kawan tingkat bawah bagitahu air takde. Huaaaa.. Terus pikir.. Baju dah dalam mesin! Baru je nak start basuh.. Air baru 3-4 minit dah stop. Seriau betul bila takde air ni. Sekalipun ada air simpanan, tetap juga rasa payah nak buat kerja.

Ni air dah ada balik. Cuma slow je la.. Belum kembali normal. Kawan tingkat bawah kata dah ok. Air tak naik umah kami lagi kut. Penat nak naik sampai tingkat 4 ni. Haha!.. Saya paling stress takde air ni baju berlonggok, pinggan banyak kat dapur. Nak buat keje lain pun takde mood.

Paling malas nak buat ialah MASAK ! Makanya... Masak ajelah yang simple. Janji boleh makan.

*Menu semalam. Syukur nikmat diberi. Sedap walaupun simple* hihihi


Psstt : kawan kawan yang nak cari blouse ke, dress ke, baju kurung ke, terjah la fb saya ye.. :) in shaa Allah.. Nanti saya bagi diskaun tau.. ;)

10 comments

  1. Memg klau tda air, seriau ..bagus lgi tda karan dri tda air

    ReplyDelete
  2. susahnya xda air. hmm...sabarlah mimie.

    ReplyDelete
  3. paling tak best bila xde air ialah masak, lepas makan takde air nk basuh pinggan.. trus rasa sakit mata pinggan mangkuk dalam sinki

    ReplyDelete
  4. air xde memang masaalah besar...kerja juga akan tergendala..hurmmmm

    ReplyDelete
  5. Salam pagi selasa...
    singgah pagi di sini...
    melawat rakan² blogger tersayang :)
    Last week kat area rumah pun xde air...tapi skejap je la...

    ReplyDelete
  6. betul mmg boleh bertukar jadi mak ko hijau bila xde air mood pun kelaut huhu
    mujur area desaru air ok

    ReplyDelete
  7. mmg stress
    thn ni ciksu kena skali. masa rania nak genap 6 bulan
    beria ciksu dok standby nk buat puri skli air takda..

    ReplyDelete
  8. betul memang stress bila air tak ada. ...


    Salam Blogwalking: www.yanieyusuf.com

    ReplyDelete
  9. air takde memang susahhh... sabor jelah.. Dia menguji kesabaran kita..

    ReplyDelete