HAZLIN HUSSAIN TERINGIN ANAK KEMBAR

Saturday 19 December 2015




Beberapa hari lalu, pengacara rancangan 999, Hazlin Hussain sah menjadi isteri kepada pembaca berita Buletin Utama TV3, Mior Abdul Malek Raiyani dengan sekali lafaz. Rasanya masih belum terlambat untuk MH mengucapkan selamat pengantin baru buat pasangan ini.

Ketika dihubungi, semestinya menerima cahaya mata dalam awal perkahwinan antara perkara yang dinantikan buat pasangan ini. Sekaligus melengkapkan lagi kebahagiaan rumah tangga mereka.


"Seperti pasangan lain, sudah pasti selepas berkahwin  mahu menimang cahaya mata. Memandangkan usia saya juga dah banyak jadi saya tidak mahu merancang soal anak.

"Sejak dulu saya memang mengidam nak anak kembar. Jika ditanya impian saya sudah pasti saya mahu menimang cahaya mata kembar jika diizinkan Allah," kata Hazlin.

Mereka yang sudah berkenalan sejak 12 tahun yang lalu sudah memiliki perancangan tersendiri soal kerjaya mereka. Walaupun jadual kerja mereka sangat padat, Hazlin sebolehnya akan membahagikan masa yang terbaik untuk keluarga dan kerjayanya.



sumber : SINI

tahniah!! 

Ya Allah.. tak sangka dorang dah kawin.. alahai.. sweetnya.. sama cantik sama padan kut.. 

moga diberi keizinan dari allah untuk untuk mereka miliki twins baby.. ;) 

2 comments