PROMOSI SAH SEHINGGA 31 JANUARI 2016!

Monday 25 January 2016

Assalamualaikum..



Ada antara kawan-kawan yang tengah mencari bahan bacaan berbentuk pengetahuan untuk bisnes dan motivasi?? Jangan pening-pening kepala, kawan-kawan boleh cari bahan bacaan tersebut di BOOKCAFE. Jangan lepaskan peluang ye. Bermula dari 13 januari haritu, bookcafe adakan promosi hebat ye sehingga 31 januari ni.





Tidak berminat dengan bahan bacaan bisnes dan motivasi? Takpe.. jangan risau! Bookcafe menawarkan pelbagai koleksi buku terkini ya. Berminat dengan travel?? Siapa yang tidak berminat kan? Untuk travel pun kita perlukan segala panduan kan?



Biodata Prof. Dr. Hamka


Haji Abdul Malik Bin Haji Abdul Karim Amarullah ( HAMKA).
Tokoh dari tanah seberang ini sengaja dipilih untuk disisipkan dalam koleksi ini kerana Almarhum Haji Abdul Malik Bin Haji Abdul Karim Amarullah atau dikenali sebagai Prof. Dr Hamka adalah ulama besar Nusantara yang sangat terkenal. Lebih-lebih lagi beliau berasal dari tanah Minangkabau yang mempunyai pertalian dengan masyarakat adat perpatih di Negeri Sembilan. Setiap orang di negara ini yang pernah melihat dan mendengar kuliah agama yang disampaikan oleh tokoh ini pastinya merasai kerinduan yang mendalam terhadap nastolgia lampau. Penyusun sendiri tanpa sedar boleh menitiskan airmata apabila tokoh ‘idola’ ini tersedu dalam ceramah dakwahnya di kaca TV kira-kira awal tahun 1970an dahulu. Gayanya yang tersendiri dalam berdakwah amat memukau sekali bagai magnet yang boleh menyentuh hati setiap insan yang mendengar.
Keilmuan dan ketokohan yang ada pada beliau mendorong beberapa buah universiti mengambilnya sebagai pensyarah dalam bidang agama dan falsafah. Antara universiti itu ialah Universiti Islam Jakarta, Universiti Mohamadiah Sumatera Barat, Universiti Islam Pemerintah di Jogjakarta dan Universiti Islam Makasar. Bagi mengiktiraf keilmuannya, Universiti Al Azhar, Mesir telah menganugerahkan Doktor Kehormat dalam tahun 1958 dan beliau turut menerima ijazah Doktor Persuratan UKM pada 7 Jun 1974.

Berminat untuk shopping buku sementara ada promosi ni, jangan lepaskan peluang ye.. klik sahaja pada banner.. :)




Post a Comment