Wanita Mungkin Dapat 14 Risiko Ini Kalau Mengandung Lewat Usia

Friday 29 January 2016

Betul ke U MOBILE HERO PLUS paling jimat?? Boleh baca kat sini untuk ketahui..


Assalamualaikum.. hai readers..

Doktor kata kalau wanita hamil di lewat usia ada banyak risikonya, bukan sahaja kepada kandungan, malah kepada ibu juga.

Bagaimanapun menurut Dr.Rasliza Ramli, doktor pakar O&G di Hospital Pakar KPJ Kajang, secara amnya, tiada had umur tertentu untuk mendefinisikan kehamilan lewat usia, tetapi banyak kajian menunjukkan bahawa wanita di pertengahan usia 30-an jika hamil, menghadapi risiko yang lebih besar untuk mengalami komplikasi kehamilan.





Risiko kehamilan wanita lewat usia boleh diklasifikasikan kepada isu pada awal dan akhir usia kandungan.

1. Keguguran janin

2. Kandungan luar rahim

3. Keganjilan kromosom dan gen

4. Kecacatan kongenital adalah pada kadar yang tinggi

5. Kencing manis

6. Tekanan darah tinggi

7. Masalah uri (placenta praevia dan abruptio placenta)

8. Fibroid semasa mengandung

9. Perinatal morbidity (berat badan lahir rendah, lahir pramatang)

10.Kematian perinatal (kematian bayi dalam kandungan selepas usia kandungan 28 minggu)

11.Kematian neonatal (usia dari lahir hingga umur satu bulan)

12.Kandungan kembar

13.Bersalin melalui pembedahan caesarean

14.Kematian ibu mengandung itu sendiri
BACA: RISIKO BERSALIN AWAL

Wanita yang hamil lewat usia berisiko 1:150 ataupun kurang! Selain daripada pemeriksaan kesihatan yang perlu dilalui dalam kehamilan biasa, wanita yang hamil lewat usia berkemungkinan
perlu melakukan beberapa siri ujian tambahan bagi memastikan tahap kesihatan ibu dan anak berada pada tahap yang paling optimum.

1. Ujian aneuploidy risk

2. Pemeriksaan nuchal translucency (semasa kandungan 10 - 14 minggu)

3. Invasive prenatal testing  (patut dicadangkan yang meliputi chrorinic villus sampling dan amniosentesis

4. Ujian darah

Dalam pada itu, perlu diingatkan bahawa pemeriksaan ultrabunyi adalah lebih berkala. Tujuannya adalah agar dapat mengesan masalah pertumbuhan terencat ketika di dalam kandungan (lUGR)
dan lain-lain.

Ketika hamil pula, penjagaan antenatal seawal mungkin perlu dilakukan. Seelok-eloknya, sebelum kandungan berusia 12 minggu. Hal ini penting untuk dilaksanakan agar doktor dapat memastikan kandungan bukan berkomplikasi.

Komplikasi yang dimaksudkan adalah seperti mengandung luar rahim, kandungan anggur, kandungan kembar dan kandungan yang tidak menjadi (missed abortion).

Jika ada penyakit sedia ada seperti tekanan darah tinggi dan kencing manis serta penyakit berkaitan dengan jantung, ibu mesti dirujuk kepada klinik khas yang dipanggil combine clinic di mana penjagaan ibu hamil yang perlu dijalani sepanjang tempoh kehamilan adalah gabungan penjagaan pakar O&G dan pakar perubatan.

Sementara itu, doktor akan sentiasa membuat penilaian dari semasa ke semasa berkaitan masalah darah beku di dalam pembuluh darah supaya ia dapat mengelakkan sebarang komplikasi yang lebih buruk daripada terjadi.    


sumber : sini

1 comment

  1. Memang zaman sekarang ni umur 40 dah tak digalakkan mengandung...

    ReplyDelete