Pengalaman Menaiki ETS Ipoh - Gemas

Tuesday 22 March 2016

Assalamualaikum.. Hai readers..

Cerita bab pengalaman ni wajib la diselitkan dalam blog kan? Sebab setiap pengalaman yang dirasai tu berbeza walaupun perkara yang berlaku tu sama. Betul tak? Ni pengalaman masa naik ETS haritu. Bertiga. Bukan dengan ddy zara. Tapi dengan maksu zahra sekali.


26 Feb haritu saya balik Ipoh lepas hantar mil ke KLIA. Cerita bab tu hold dulu la ye. Sebab belum berkerajinan nak mengarang. hehe.. Kami balik bertiga juga. Tapi dengan ddy zara la. Tapi 02 mac tu ddy zara dah gerak balik ke gemas dulu. Sebab dah habis cuti. Saya sambung cuti sampai 13hb sebab nak tolong mak buat persiapan sikit-sikit di Ipoh.


13mac saya nak gerak balik ke gemas. Tapi minta adik bongsu temankan. Sebab dia dah biasa naik train ni. So minta dia temankan je la. Senang. Then dia pun cekap sana sini sorang-sorang. Lagipun nak balik berdua je dengan zahra sangatlah tak yakin. Sebab dari zara baby, tak pernah lagi travel jauh-jauh. Kiranya ni pengalaman pertama juga la buat zahra.

Last saya naik keretapi ni rasanya umur 7-8 tahun macam tu. Kiranya 20tahun yang lepas. Kali ni naik bawak anak sendiri pula. Perasaan tu tak tahu nak gambarkan macam mana. Tiba-tiba rasa teruja sangat. Hahaha!.. maklumlah, dah lamaaaa sangat kan tak naik keretapi ni..

Sekali naik, Ya Allah.. bestnya.. zahra pula nak dengan maksunya je. So mama boleh la layan perasaan dalam tren jap. hehe


Zahra okay.. cuma tu la.. tak larat nak handle dia. Sebab dia pun macam teruja kan. Nak berjalan sana sini. Tapi tak berani la nak lepaskan. Lagipun ramai orang masa ni.


Suasana dalam ETS ni pun selesa la juga. Cuma tak best 1 je la. Takde plug tuk charger fon la pula. Adik cakap selalu dia naik ETS Ipoh-KL ada je charger.. Boleh la layan fon kan.. Jangan risau, naik ni selesa. Berbaloi dengan harga. Hahaha.. Nanti kita share harganya ye..
Bersih. Kalau zahra haritu sempat juga la merangkak. Haha!.. Pastu makcik cleaner siap mop lagi dalam tu. Terbaik la..


Perjalanan kami ambil masa dalam 4jam setengah macam tu. Bergerak dari jam 10.32 dan sampai tepat pada masanya. Jam 3 petang. So, kalau malas nak drive, korang boleh je pilih nak tren kalau nak balik ke kampung.

Macam ETS yang saya naik ni bermula dari Padang besar dan penamatnya di stesen Gemas. Tapi kalau korang nak naik sampai ke segamat tu, kena naik ekspress rakyat la..


zahra sempat la layan mata hampir 2 jam dalam tren tu. Nak pula cuaca luar panas terik, naik tren dapat aircond. Nikmatnyaaaaa la hai!.. Tapi kalau jenis yang tak tahan sejuk tu, standby la sweater siap-siap ye. Jangan nanti meringkuk macam udang kena bakar. hehehe


sampai seremban pun dak kecik ni elok lena tido. Memang paksa dia tido. Sebab kalau tak nanti mengamuk mengantuk, pastu nanti dah jumpa ddy confirm taknak tido dah kan..


Masa ni tinggal kami bertiga je dalam koc F tu. hehe.. Last ada sorang aunty tu turun di seremban. So, apa lagi. Dak zahra ni buat tren ni macam rumah dia la.. Berjalan sana sini. Tak hirau dah goyan, tak stabil semua tu.. Tengok lantai tu, bersih je kan? Zahra sempat merangkak, cuma nak berguling-guling je tak dan sebab mama dah bising. hehe..

Naik ETS ni, toiletnya pun selesa. Bersih je. Kebersihan memang dijaga. Setakat ni puashati la naik ni. Rasa macam nak naik lagi je. hehe.. Best la pula kan. Selalu perjalanan naik kereta. Naik kereta kalau dari Gemas nak ke Ipoh pun makan masa dalam 6jam. Naik ETS ni jimat la masa. Nak tido pun relax je.

Ok.. Meh kita share sikit harga tiket tu ye. Boleh la korang menabung. Mana nak tahu ada yang nak naik ETS ni berjalan-jalan ke kan?


Ni harga tiket untuk saya ye. Harga tu untuk perjalanan sehala. RM59.


Yang ni harga tiket untuk adik saya. Hanya RM39. Sebab dia pakai kad student. So dapatlah diskaun sikit. So, kalau sesiapa ada kad pelajar ke apa, gunakanlah sebaiknya..

Okay.. Selesai juga entry ni.. =)

Harap perkongsian ni bermanfaat buat semua.. ^_*

Terima kasih buat pembaca..

27 comments

  1. Mmg nmpk bersih..jimat masa pun ye juga kan..bguslah...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum....kekadang jadi ralit bila naik ets siang2 ni...dok tengok pemandangan sampai tak sedar sampai....

    ReplyDelete
  3. Nampak selesa dan jimat masa juga... bagusII :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Btl. Bg perjalanan jauh selamat naik tren..

      Delete
  4. Teringin nak naik ets ni. Tp kalau dari alor setar ke ipoh bila dua hala utk tiket dua org rasa mcm membazir pulak. Kalau naik keta mcm boleh lagi jimat. Postpond dlu. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btl tu kira. Blh than kn hrga naik ets ni. Hee

      Delete
  5. Bila ntah nak merasa naik ni balik kg.. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada rezeki in shaa allah merasa. ๐Ÿ˜ƒ๐Ÿ˜ƒ

      Delete
  6. teringin nak naik ets ni ke utara.
    tapi ari tu baca ke utara dah takde da ets.
    sampai penang aje ke perak ke lupa dah aida.
    frust.
    teringin naik ke pdg besar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehh.. yeke.. rsa hritu masa naik ets, dtng dr sana. Pdg besar klau x silap.

      Delete
  7. Tumpang tanya,saya nak ke kulai.patut saya naik ets ke ekspress rakyat.minta tolong,saya tiada pengalaman je selatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis.. klau naik ets, ets ni perjalanannya sampai di gemas je. Kemungkinan sis kna naik ekspress rakyat. Sbb mak saya nak ke sgmat pun dia naik ekspress rakyat. ☺☺

      Delete
  8. Terima kasih๐Ÿ˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜Š.

    ReplyDelete
  9. Segamat ke kulai naik ktm kan sis?kalau ke kg Masjid lama naik apa ye dari ktm kulai.maaf saya nak tau sebab ada urusan sikit.terima kasih sudi membantu๐Ÿ˜Š

    ReplyDelete
  10. Segamat ke kulai naik ktm kan sis?kalau ke kg Masjid lama naik apa ye dari ktm kulai.maaf saya nak tau sebab ada urusan sikit.terima kasih sudi membantu๐Ÿ˜Š

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak.. xpernah sampai ke kulai sis. Hehe.. tahu smpai sgmat je.. hee.. ๐Ÿ˜…

      Delete
  11. Terima kasih๐Ÿ˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜Š.

    ReplyDelete
  12. Xpe.terima kasih banyak2 sudi membantu๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xdpt nk bntu bnyk. Thu sesikit je. ๐Ÿ˜‰

      Delete
  13. Xpe.terima kasih banyak2 sudi membantu๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

    ReplyDelete