Assalamualaikum..
Hai readers yang setia..
Siapa kat sini
sukakan sesuatu yang instant? Sebut saja instant, mesti ramai yang tertarik
untuk mencubanya,kan? Nama pun ‘instant’, dah tentu dia memudahkan kerja
seharian kita kan?
Kali ni saya
nak share sikit tentang Shawl instant. Siapa suka shawl instant? Dah tentunya
majorit diantara kita semua sukakan Shawl Instant kan? Termasuklah saya salah
seorangnya.. hehe
Perasan tak
zaman sekarang semua orang gemarkan perkara yang instant dan mudah. Kerana ia mencepatkan segala urusan kita. Daripada
makanan instant, air instant hinggalah tudung instant. Maklumlah, keperluan
instant ini bukan sahaja memudahkan rutin harian kita malah ia juga menjimatkan
masa. Bagi kaum wanita yang bekerja dan bekeluarga pula, kadang kala kita
terpaksa mengetepikan penampilan sendiri untuk menguruskan hal suami dan
anak-anak.
Oleh kerana
itu, ketika mula-mula koleksi
instant shawl keluar di pasaran, ia terus mendapat
sambutan yang mengalakkan dikalangan wanita berhijab terutama sekali mereka
yang bekerjaya. Rekaan tudung yang amat ringkas dan mudah dipakai menambat hati
semua wanita dan sehingga kini ia tetap menjadi fenomena dan boleh ditemui
dalam aneka style terkini seperti berikut;
Menjadi pilihan ramai. Berikut merupakan koleksi instant
shawl cotton yang paling basic dan paling mudah untuk anda temui di pasaran.
Jenis instant shawl ini juga mudah dipakai dan sesuai untuk semua bentuk muka.
Bagi anda yang inginkan pemakaian
tudung yang lebih kemas pula, sarungkan koleksi instant shawl ber-awning
seperti berikut. Ya, ni juga salah satu pilihan saya. Sebab? Sangat senang untuk disarung. Dan tak perlu banyak perhatian pada tudung jenis ni. Cantik elok terletak pada muka bila dipakai.
Dan majority berpendapat pula koleksi
instant shawl lycra adalah jenis tudung yang paling selesa dipakai dan mudah
dibentuk pada muka. Jenis kain ini juga tidak panas untuk dipakai. Rasa selesa sepanjang hari apabila mengayakan shawl lycra ini..
Style instant shawl yang ke-empat
pula adalah koleksi instant shawl satin yang sesuai untuk anda gayakan ke
majlis-majlis istimewa. Bagi yang menggemarkan shawl satin, ianya sesuatu yang menampakkan anda unik.. Sekali sekala mengayakannya, anda nampak begitu menawan.
So, mana satu pilihan anda yang terkini? Banyak pilihan shawl yang kini boleh didapati dan digayakan dengan penuh style.. Selamat mencuba..
D akui prmintaan instant shawl memg sgt mggalakkn,
ReplyDeleteLya lbh suka jns kain chiffon sbb x melekat hhehe
Instant shawl memang pilihan ramai. Yg pasti sue suka kain yg x perlu digosok...
ReplyDeletecantik... ^_^
ReplyDeleteSetakat ni ada dua je dlm koleksi... Ingat nak tambah juga.. Pi tggu da bajet dulu..
ReplyDeleteAssalamualaikum...ada juga pakai shawl...jenuh juga nak lilit...
ReplyDeleteinstant cantik..tpi kzaza lebih suka shawl biasa hehe. suka belit mcm2 pattern kita nak. pernah beli instant tpi pkai 2x je.. mcm tak kena je huhu.
ReplyDeleteMcm2 kan skrng...sarung je tu oaling best..
ReplyDeletekan cikmah.. yang instant sarung ni kira wajib ada. hehe
Delete