Review Sambal Ikan Bilis dari Sis Maria Firdz

Saturday 9 April 2016

Assalamualaikum..

Pertama sekali terima kasih pada sis +Maria Firdz  sebab sudi membeli sambal ikan bilis yang saya jual. Dan terima kasih juga kerana membuat review yang ikhlas tentangnya. :)
Saya tidak berkecil hati. Saya menerima setiap yang ditegur untuk penambahbaikan pada masa akan datang.


Setiap yang sis +Maria Firdz  dan suami komen, saya buat balasannya disini ya.. :)

Bab sambal kurang tu, bukan kurang. Tapi sebab ni sambal kering, jadi memang macam tak nampak sambalnya. Saya dah lebihkan bahan tumisan pun memang macam ni rupa dia..

Bab semut suka tu, tak sure kenapa. hehehe.. sedap sangat kut.. hihi.. sebab umah saya yang banyak semut, umah adik yang banyak semut pun, alhamdulillah semut belum hinggap lagi..  

Ohh.. lupa.. pasal berminyak tu, sambal ni memang tidak ditambah air langsung. Jadi menggunakan minyak sahaja. Mungkin resapan minyak tu yang buat minyak nampak banyak terkumpul.

4 comments