Testimoni Dan Review : Cantik Bersama Nurraysa.

Thursday 13 October 2016



Testimoni Dan Review : Cantik Bersama Nurraysa.




Assalamualaikum. Hai readers..


Harini rasa macam nak share je lagi pasal produk nurraysa ni. Pakai dah berbulan dah. Memang jatuh hati la dibuatnya. Best je rasa. Alhamdulillah, nampak produk ni serasi dah dengan kulit muka yang sensitif ni. Siapa yang tak sayang kulit muka kan? Bukan senang nak jaga sebenarnya. Tersalah pilih produk, merana la diri. Pastu segan nak berhadapan dengan orang. Takyah dengan orang lain, dengan suami pun boleh rasa segan walaupun suami tak tegur.



Hasil terkini. Jerawat pasir di dahi dah hilang.

Boleh tengok hasil review saya sebelum ni di sini >> http://hanyadihatiku.blogspot.my/2016/07/review-sabun-nurraysa.html?m=1


Disebabkan kulit muka sensitif, mudah naik jerawat, makanya kena la cari produk yang natural. Bahan kandungan dalam produk yang semulajadi. Orang kata biarlah kita merawat perlahan-lahan, yang penting hasilnya akan nampak baik sepanjang masa. Yang penting, hasil yang kita dapat adalah yang terbaik. Kan?


Dan lagi satu, saya tentunya juga mahukan produk mesra wudhuk. Yela, kalau bukan mesra wudhuk, solat ni agak payah la sedikit kan? Perlu tanggalkan segala kotoran tu dimuka terlebih dahulu. Kalau tak nanti, tak sah pula solat kita. Dengan Nurraysa ni tak perlu risau. Dijamin halal dan selamat.




Harini, saya nak share pula tentang set trial skincare ni. Actually agak lama juga la saya tak menggunakan apa pun set skincare. Hanya menggunakan sabun nurraysa je sebagai pembersih muka. Mesti rasa tak percaya kan? Boleh ke pakai sabun je semata-mata? Pastu takde pelindung kulit yang lain??

Sebenarnya, sebelum kita nak mencuba produk yang lain, kita kena bebaskan muka dari sebagai produk tau? Bagi muka tu betul-betul natural, baru pakai set skincare yang baru. Macam saya start pakai set skincare ni pun baru lagi. Dalam 2bulan kut. Baru la juga. Mula-mula tahap kerisauan tu tetap ada. Yela, dah lama tak pakai sebarang produk skincare kan, wajib la ada perasaan macam tu. Takut sejarah berulang kembali.


Saya akui, kalau orang lain pakai produk terbaik pun, belum tentu saya cuba akan sesuai dengan saya. Yela, setiap orang kan berlainan jenis kulit. So, kita tak boleh nak samakan diri kita dengan orang lain. Dah cuba sendiri, baru kita akan tahu perubahannya. Best ke tidak.


Saya cuma nak share je la ni sebagai pengalaman saya menggunakan produk Nurraysa ni. Bukan memaksa orang lain. Tapi kalau ada kawan-kawan nak cuba, boleh je. Sebab setakat ni saya rasa banyak juga perubahan yang dialami. So, kalau ada kawan-kawan nak cuba, boleh la mencubanya.



Kiri : Penggunaan Set Skincare + Lipstik 
Kanan : Muka natural tanpa skincare

Yang best dengan set skincare ni, krimnya langsung tak berminyak tau. Kalau kena cahaya matahari sekalipun, elok je muka. Setiap kali keluar, memang saya akan kenakan krim ni dimuka, serta pakai loose powder ni. Memang best la muka. Rasa macam perfect la sikit.

Macam saya hanya menggunakan sabun untuk mencuci kotoran, then sapu krim serta mengenakan loose powder. So simple kan. Then lagi satu yang wajib ada lipstik Nurraysa ni. Yang bestnya ia berkolagen. So kalau kita pakai, ianya akan ikut warna darah. Rasa macam magic je bila pakai lipstik ni.




Dengan penggunaan lipstik ni, ianya tak merosakkan bibir. Kecuali la kadang kala bibir kering. Untuk mendapatkan kesan penggunaan skincare yang terbaik, pastikan juga minum air yang cukup ye.



Ada berita baik kepada pengguna Nurraysa atau bakal pengguna Nurraysa. 😍😍😍😍
Sekarang Nurraysa ada promosi. Suka tak, suka tak???? Mestilah suka kan? Tak tahu nak dapatkan produk Nurraysa ni dimana?

Boleh contact saya.


👉 whatsApp : 011-24181178

👉 telegram : 011-24181178
👉 wechat : syamimi_saad88
👉 Instagram : khadijah_wardrobe









Nota : Entri ini adalah hak peribadi saya. Tidak diizinkan untuk copy paste untuk tujuan pengiklanan dsbg tanpa sebarang pemberitahuan dari saya. 

10 comments

  1. Menarik! Nanti ada rezeki lebih boleh give it a try.. ^_^

    ReplyDelete
  2. omey mimi sekarang.. ni yang buat nak cuba Nurraysya ni.. heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde la kak.. biasa2 je.. blh je kalau nak try.. hehe

      Delete
  3. mcm best je set ni..
    alhamdulillah kan bila serasi dgn kulit
    bru lah confident kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah ciksu..
      Bila serasi dengan kulit, tak perlu pening kepala pikir produk yang lain..

      Delete
  4. banyak sgt kosmetik segera skrg. tak payah buat rnd kat makmal pon.tau2 kuar iklan elok untuk kulit, putihkan kulit,bersihkan jerawat.bila masa depa wat reseach produk eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya, bila masa dorang buat research tu, kita x perlu tahu kut. Lagipun mesti dorang buat research dulu. Cuma takdelah dorang nak inform kan..

      Delete
  5. wah menarik . Nice share :)
    Singgah dari Senarai Rakan Blogger Di Facebook Mia
    Done follow
    jemput join
    https://mellyacrayola.blogspot.my/2016/10/segmen-jom-exchange-link-by-mellya.html

    ReplyDelete
  6. nanti nak try yang ni plak lah.. satu set.. kot leh cantik macam mimi.. heee.. eh.. nak comel macam zara sekali.. boleh takk.. ? krik3

    ReplyDelete