:: Sahabat Setia Blog Cinta Itu Indah ::

Shoplinks

Rabu, 5 Julai 2017

Nasi Lemak Kasih Sayang

Nasi Lemak Kasih Sayang


Assalamualaikum.. Haii semua..
Siapa singgah sini say hi sikit. Hehe.. Nanti kita balas kunjungan ehh..


Ewah tajuk.. Nasi Lemak Kasih Sayang gitu. 😅😅😅
Yelaa, masak dengan penuh kasih sayangkan, tajuk kena la mengancam! Haha..
Kisahnya semalam. Ehhh, kita ni suka sangat cerita lompat lompat kan. Entri raya pun tak story mory lagi nih.. Takpe, hold dulu ehh..
Sebab nak kena bayar hutang 4entri ni. Hehe

Sebenarnya kan..
Sepanjang 3tahun lebih bergelar seorang isteri, tak pernah sekalipun kita try masak nasi lemak tau.
Ehhh, bukan kita tak reti tau.
Ddy dorang ni la.. 

Bila kita mengutarakan niat nak buat, nanti ddynya kata tak makan la, kurang minat la..
Buat sarapan lain la.. itu la.. ini la..

Dah banyak sangat songehnya tau..
Kita pendam jeeeee niat tu tau..
Sudahnya semalam...
Kita pecahkan niat tu. Hehe..

Ddy zara semalam ada mesyuarat kat KL.
Kalau balik mesti udah kenyang..
So nekad nak buat juga nasi lemak.
Terbayang bayang kesedapan mak selalu buat. Hehe..

Bahan semua dah ada. Apa lagi, petang semalam slow slow buat kerja sambil tidokan si adik zhareef. hehe

Alaaaa, bukan susah pun buat nasi lemak. Yang penting nasinya, sambalnya, ikan bilis goreng garing.. timun. Telur rebus. Nak lagi best ada kacang goreng. Terasa complete je tau.

Semalam paksa ddy dorang makan. Hahaha..
Jangan banyak songeh bini dah masak.
Kena rasa sebab nak tahu ok ke tak rasanya.

So semalam lepas makan tanya la berapa markah nak bagi dari 5 🌟.
Sekali katanya 1.5🌟 je..
Katanya sambal tak betul betul pedas.. Ater cilinya memang tak pedas kan. Okeh2.. diterima laa.
Pastu katanya aksesori tak cukup.
Takde kacang goreng. 😑
Rasa okay dah. Alaaaa.. next kita perbaiki ehh..

Hihi..

Puas hati akhirnya dapat makan nasi lemak masakan sendiri. Rasa sebijik macam mak buat. 


#BukanNasiLemakAnakDaraEh
#NasiLemakPenuhKasihSayangNi


6 ulasan:

  1. cer bagi cik nor..confirm dapat 5 bintang..haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha
      Mai la dtng gemas cik nor.
      Nanti kita masakkan eh..
      😅😅

      Padam
  2. Ramainya yang update nasi lemak..terus rasa nak makan nasi lemak..

    BalasPadam
  3. wahhh.. teringin la pulakkk

    BalasPadam
  4. Perghh, menggoda betul nasi lemak ini. :)

    BalasPadam
  5. alaa.. sukanya nasi lemak.. hubby teman suka ni

    BalasPadam