Showing posts with label Harian Metro. Show all posts
Showing posts with label Harian Metro. Show all posts
Batu Pahat: Usianya baru 13 tahun namun
kejujuran dan kemurnian hati Amir Azizan Hashim mungkin jauh mengatasi orang
dewasa apabila dia memulangkan semula beg tangan berisi RM37,500 (SG$15,000)
milik seorang wanita warga Singapura yang tercicir.
“Saya mengayuh basikal selaju
mungkin mengejar kereta dinaiki wanita itu bagi mengembalikan beg tangannya,”
katanya mengimbas kejadian itu yang berlaku berhampiran sebuah pasar raya di
Taman Soga, di sini, awal Januari lalu.
Pelajar
tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Syed Esa, di sini,
ditemui selepas menerima sijil penghargaan atas kelakuan terpujinya itu
daripada pihak sekolah, semalam.
Sijil penghargaan itu
disampaikan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) SMK Dato’ Syed Esa, Mohd
Taat Kasran.
Amir Azizan berkata, kejadian
berlaku kira-kira jam 10 pagi awal Januari lalu ketika dia ke pasar raya
berhampiran untuk membeli akhbar.
''Saya nampak seorang wanita
masuk ke dalam kereta manakala beg tangannya diletak diatas bumbung kereta.
''Saya percaya wanita berusia
30-an itu terlupa beg tangannya berada di atas bumbung kereta dan terus memandu
keluar dari kawasan berkenaan.'' katanya.
Menurutnya beg wanita itu
terjatuh sebaik kereta dipandunya bergerak dan dia mengambilnya sebelum memeriksa
kandungan beg berkenaan.
''Ada sampul surat mengandungi
wang tunai, pasport dan jam tangan dalam beg itu. Saya terus mengayuh basikal
mengejar kereta itu untuk mengembalikan beg tangan miliknya. Syukur saya
berjaya menahan wanita berkenaan ketika kenderaan itu berhenti di satu simpang
jalan.''katanya.
Baca selanjutnya di akhbar
harian metro. 28 feb 2013
Moral of the story : bagus adik
ni kan..jujur sangat-sangat.. mempunyai keperibadian yang tinggi.. tak semua
orang macam adik ni.. lagi-lagi kalau mereka lebih mementingkan diri sendiri.
silap-silap wanita tu tak jumpa dah beg & barang-barangnya.. lagi-lagi beg
tu mempunyai wang tunai yang banyak..
Dan peringatan juga bagi kaum
wanita yang membawa beg tangan ni.. jangan tertinggal kat mana-mana. Kalau
salah orang yang jumpa, memang menangis la tak jumpa dah beg tu..
Gerik: Arwah ibu
pelakon Catriona Ross Bahrin, Siti Nur Zawiah Abdul Rahman, 63, bersama
rombongan lapan individu dikatakan dalam perjalanan menyalurkan bantuan kepada
pelajar sebuah madrasah di Kedah sebelum terbabit dalam kemalangan maut,
semalam.
Warga emas terbabit
adalah antara tiga penumpang sebuah kereta yang maut selepas kenderaan dinaiki
bertembung bas ekspres di Kilometer 61.8, Jalan Raya Timur Barat berhampiran
Hentian Rawat dan Rehat Titiwangsa, di sini, dalam kejadian jam 1 pagi.
Kemalangan itu
turut meragut nyawa rakan Nur Zawiah, Norini Ghani, 42, dan dan Sitah Abdullah,
52, yang dilaporkan maut serta-merta di tempat kejadian.
Bagaimanapun, pemandu kereta lingkungan 40-an yang dinaiki ketiga-tiga mangsa terbabit terselamat dan dirawat di Hospital Taiping, di sini.
Bagaimanapun, pemandu kereta lingkungan 40-an yang dinaiki ketiga-tiga mangsa terbabit terselamat dan dirawat di Hospital Taiping, di sini.
Rakan arwah, Syed Ageel Syed Mahayadin, 39,
yang ditemui di bilik mayat Hospital Gerik semalam berkata, semua mangsa
mengikuti rombongan membabitkan dua kereta dalam perjalanan ke rumahnya di
Kepala Batas, Seberang Perai, Pulau Pinang.
*takziah buat pelakon catriona.. moga dia tabah hadapi dugaan tersebut. Al-Fatihah
sumber : Harian Metro
5S
adalah singkatan kepada 5 aktiviti seperti berikut :
Sisih
: aktiviti pengasingan barang berdasarkan keperluan
- Peringkat ini
membabitkan pemilihan dan pengumpulan barang yang boleh digunakan dan barang
yang perlu dibuang
Susun
: aktiviti penyusunan barang mengikut kategori
- Selepas
aktiviti sisih dilakukan, barang yang masih diperlukan hendaklah disusun dan
disimpan ditempat yang sesuai.
Sapu
: aktiviti harian baik sebelum, semasa mahupun selepas melakukan sesuatu
tugasan.
- Pastikan
kawasan kerja dibersihkan dan semuanya disimpan semula ditempat asal selepas
digunakan
Seragam
: keseragaman pembabitan pekerja dalam setiap aktiviti 5S serta barangan
ditempat kerja.
- Setiap
pekerja perlu melakukan aktiviti 5S
secara bergilir. Begitu juga barang dan peralatan ditempat kerja
menggunakan label atau warna yang seragam dalam menentukan jenis mahupun
kegunaan.
Sentiasa
Amalkan : amalam kerja secara berterusan.
- Pelaksanaan
5S seharusnya mengikut turutan dan secara berterusan yang membawa kepada
kebiasaan serta menjadi tabiat pekerja pada akhirnya.
MANFAAT
5S
1. Meningkatkan kualiti
persekitaran kerja (lebih bersih, selesa dan selamat)
2. Meningkatkan kualiti
kerja (hasil kerja yang lebih baik meningkatkan imej dan keupayaan syarikat)
3. Mengurangkan kerosakan
peralatan (kurang kerosakan akan mengurangkan kos penggantian dan pembaikan
sekaligus meningkatkan keuntungan syarikat)
4. Mengurangkan pembaziran
masa (kes kerosakan yang berkurangan akan mengurangkan pembaziran masa
sekaligus meningkatkan produktiviti pekerja)
5. Menigkatkan rasa
tanggungjawab di kalangan pekerja dan pengurusan (rasa cintakan tempat kerja
akan menjamin kesetiaan pekerja)
6. Meningkatkan semangat
kerjasama berpasukan (pekerja dan pengurusan adalah asset utama organisasi)
sumber : Harian Metro 08.02.2013
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons